Tuesday, December 29, 2009

RUKUN ISLAM KE 3

During lunch tadi aku amik kesempatan ke PPZ Selangor, Cawangan Bandar Puteri. Berikutan dari tu aku terpanggil nak buat entry pasal topic ni sebab aku perasan org2 kita ni banyak yg tak faham kot apa itu ZAKAT dari segi kategori nyer..sapa yang perlu bayar, nisab, haul dan bila nak kena bayar...rata2 kalau tanya jawapan dia..ZAKAT dah bayar time nak raya aritu....itu ler bila agama dah dibudayakan..(chewah dah rasa mcm ustazah bahiyah lak bagi talk).

Now let us discuss in a very leisure talk..kalau dah tahu dan arif anggap je ler ini sebagai sesuatu yg refreshing your knowledge, bagi yang tak berapa jelas lagi tu..kita boleh share sesama ilmu ni..dan kalau nak tahu detail lagi boleh la belajar ngan org yg bijak pandai atau google je pasal zakat nih..banyak info pasal zakat.Aku kat sini nak elaborate zakat ni dari perspektif org sembang2 kedai kopi jer...hi..hi..Zakat ni banyak kategori nyer..yang selalu kita bayar atau abah kita atau suami kita bayar time nak raya puasa tu namanya zakat fitrah..itu memang la diwajibkan ke atas org yg menanggung kita.Selain tu ada zakat perniagaan(ha opie...ko kan bisnes woman), zakat duit simpanan (haaa...sesapa yg ada ASB berjuta2 lemon tu sila la buat kira2 yer...) zakat emas yg kita simpan tak pakai (aku rasa ni apply kat si naqies) and zakat pendapatan.Sekaraang ni dah senang dah....kalau nak kira sumer tu pegi jer kat PPZ nyer website tu dah ada kalkulator nyer....korank kira la seniri....senang.No more reason.

Yg aku nak membebel kat sini aku fokuskan kat zakat pendapatan je ler...aku pun baru jer dapat kesedaran + gaji aku pun baru layak dizakat dlm masa 3 tahun ni jer..so sebelum ni memang tak sampai nisab.Aku perasan ramai yg dok ingat zakat pendapatn tu tak perlu bayar(bagi yg dah kawin) sebab dok beranggapan suaminya dah bayar.Yang tak siok nyer kita dah cakap...WAJIB bagi yg berpendapatan tetap (kalau cukup nisab la kan) dia tetap buat dunno. Zakat pendapatan ni bukan jer atas suami.Ini atas individu...hatta di bolehkan si isteri memberi zakat kepada suaminya yang tidak berkemampuan.Entah ler tak paham aku kenkadang org ni..bila kita dah bagitau..banyak pula alasannya...Aku ni bukan ler nak bagi ceramah kat sini but yg aku tak siok tu..beli bender lain boleh beratus2 ..beriban..tapi kuar zakat yg 2.5% pun susah...

Kadang-kadang terpikir....rasa diri kecik jer bila org berebut2 bagi sedekah..tapi kita ni apa yg ada setakat cukup2 jer nak sedekah pun berkira-kira takut tak cukup bahagian seniri...but bila dihitung2 rupanya kita ni golongan yang "berlebihan"..ada lagi org yang bukan setakat cukup2..tapi memang tak cukup...Astagfirullah...

So bila pikirkan Islam dah sediakan channel untuk kita bersedekah i.e zakat..so grab this opportunity...kan zakat tu tu membersihkan dan menyuburkan harta..InsyaAllah.tak payah takut dan taka payah pertikaikan keberkatan nyer..InsyaAllah ada...

terbaca 1 artikel about zakat ni...kalau seseorang tu tak bayar zakat dia telah menidakkan hak 8 orang asnaf (nak tahu lebih lanjut..cari la seniri artikel tu).So korank tak takut ke kalau di katakan kejam..mengambil dan memakan harta atau bahagian lain secara sedar...Nauzubillah...
so renung-renungkan dan selamt beramal.....
ooppps...aku dah bayar zakat...ni bukti nya..moga-moga dapat keberkatannya AMin..




No comments:

Post a Comment